Banting: Seorang penagih dadah ditahan selepas cuba mencuri wang
daripada tabung sebuah masjid di Telok Datok, di sini, tengah malam
kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 39 tahun
yang dipercayai berasal dari Shah Alam itu dikesan anggota Skim Rondaan
Sukarela (SRS) yang melakukan rondaan di kawasan Masjid As Syariff
berkenaan apabila melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan
mencurigakan dalam masjid itu.
Menurut sumber, sebaik saja anggota SRS terbabit masuk dalam masjid itu
untuk memeriksa, lelaki terbabit dilihat leka ‘memancing duit’ dalam
tabung menggunakan sebatang lidi yang dilekatkan dengan gula-gula getah
tanpa menyedari kehadiran anggota berkenaan.
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
“Sebaik saja disergah, lelaki terbabit melarikan diri, namun berjaya ditahan kira-kira 100 meter dari masjid hasil tindakan pantas anggota bertugas,” katanya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azman Abdul
Razak berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati suspek yang ditahan
mempunyai dua rekod jenayah lampau.
No comments
Post a Comment