Ipoh: Seorang warga emas maut selepas terjatuh ketika menyertai
ekspedisi memanjat Gunung Sugu 35 kilometer dari Simpang Pulai, dekat
sini, petang semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa Lee Kar Giap, 61, dari Petaling Jaya,
Selangor menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan bersama 27
rakannya yang lain bermula jam 9 pagi sebelum turun jam 3 petang.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa bersama rakannya menyertai ekspedisi memanjat gunung berkenaan sejak pagi sebelum keluar dari gunung pada sebelah petang.
“Ketika menuruni bukit berkenaan mangsa terjatuh lalu pengsan.
Rakan mangsa seorang doktor membuat pemeriksaan terhadapnya mendapati
mangsa sudah meninggal dunia.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. “Mangsa dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk tindakan lanjut,” katanya.
Anggota bomba menerima panggilan jam 3.50 petang sebelum tiba berhampiran kaki bukit Gunung Sugu setengah jam kemudian bersama satu jentera serta satu unit motosikal RRV dengan 11 anggotai diketuai Ketua BBP Simpang Pulai, Rozmie Hamat.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari gunung berkenaan sebelum diserahkan
kepada polis untuk tindakan lanjut sementara rakan mangsa yang
menyertai ekspedisi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
No comments
Post a Comment