Sejak dua menjak ini, banyak benar rakyat Malaysia yang seolah-olah lupa diri semata-mata kerana terlalu fanatik dengan bola sepak.
Terbaru, seorang penyokong Kelantan memberi komen kekalahan pasukan negerinya ketika menentang Perak baru-baru ini disebabkan anak penjaga gol, Khairul Fahmi tidak membawa tuah.
Kenyataan ini mengguris perasaan Khairul Fahmi dan isteri, Leuniey hingga mereka mengepos tentang ini di Instagram masing-masing.
Khairul Fahmi dan isteri baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka yang dinamakan Kayla Elayna, 3 Februari lalu.
Sudah tentu, mana-mana ibu bapa pun pasti akan berasa marah apabila sesuatu yang buruk dikaitkan dengan bayi mereka bukan?
Apa pun, kenyataan penyokong Kelantan ini memang keterlaluan.
Mana mungkin kalah menang sesuatu pasukan dikaitkan dengan kelahiran bayi. Jangan kata Fahmi, semua orang yang baca komennya itu pasti geleng kepala.
Harap ‘nixselia’ segera insaf dan pergi mengaji semula
No comments
Post a Comment