Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelajar Perlu Faham Kepentingan Peperiksaan MUET
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA TERENGGANU - Pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam memberi pendedahan awal mengenai kepentingan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang menjadi antara syarat terhadap kursus yang ditawarkan di peringkat universiti.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, ia kerana kebanyakan pelajar tidak menganggap peperiksaan itu sebagai antara peperiksaan penting, sedangkan ia termasuk dalam syarat wajib lulus sekurang-kurangnya band 3 sekiranya ingin menamatkan pengajian di universiti.

“Berdasarkan pemerhatian, penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan pelajar terutama di negeri ini masih lemah. Mungkin disebabkan banyak faktor antaranya tidak membiasakan bertutur dalam BI, malu dan peluang untuk bertutur dalam kalangan masyarakat agak kurang atas faktor budaya.

“Jadi, sebolehnya kita mahu pelajar ini didedahkan mengenai kepentingan MUET sejak awal supaya mereka dapat menguasai keempat-empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Bahasa Inggeris Intensif Pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PANT), kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi Panel Penasihat Pusat Bahasa Terengganu berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang usaha bagi meningkatkan tahap penguasaan BI dalam kalangan pelajar.

Sehubungan itu, katanya, pihak lain seperti sekolah, ibu bapa, masyarakat malah pengamal media juga perlu memainkan peranan memberi kesedaran terhadap pelajar mengenai kepentingan penguasaan BI untuk masa depan mereka.

“Kerajaan negeri telah merancang pelbagai agenda untuk membantu rakyat menguasai BI, misalnya melalui program Trenglish yang bakal diperkenalkan nanti. Ia menggunakan pendekatan untuk menambahkan minat belajar BI dalam kalangan pelajar selaras dengan keadaan semasa.

“BI sekarang tidak boleh dilihat lagi hanya untuk orang Inggeris, tetapi ia termasuk dalam gaya hidup dan menjadi bahasa pertuturan sejagat. Sebab itulah ia penting bukan sahaja untuk lulus peperiksaan, tetapi turut diperlukan dalam sektor pekerjaan,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments