Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Betul Ker Awi Rafael, Sasha Saidin bercinta?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




Penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael yang digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Sasha Saidin baru-baru ini menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan biasa. 

"Saya bercinta dengan Sasha? Tak betullah. Saya dengan dia tidak ada sebarang hubungan istimewa. Kami hanya kawan sahaja. 

"Takkanlah setiap kali saya keluar dengan kawan perempuan, orang hendak kata saya bercinta. Nanti orang kata saya kaki perempuan pula," ujar pelantun "Kalau Aku Kaya" itu seperti dipetik dari sebuah portal hiburan. 

Tambah bekas kekasih kepada pelakon jelita, Hanez Suraya, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana gusar akan timbul salah faham kelak. 

"Maaf, saya tak mahu mengulas banyak sangat. Cukup saya katakan saya dan dia tiada apa-apa. Tapi saya tak nafikan, kami berkawan dan saya ada meminta pendapat dia tentang kerja. 

"Saya ada projek girl band dan Sasha orang yang sesuai untuk dijadikan rujukan kerana dulu dia bersama kumpulan Elite," akhirinya. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments