PENYANYI kumpulan Ungu iaitu Pasha berharap akan dikurniakan seorang anak perempuan pada masa hadapan selepas memiliki dua cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan Adelia Wihelmina.
Kapan Lagi melaporkan, isteri Pasha baru sahaja melahirkan anak kedua mereka yang diberi nama Sakha Dyandra Sultan Yusuf beberapa minggu lalu.
"Saya bersyukur dengan kurniaan dua anak lelaki dan berharap pada masa hadapan akan dapat anak perempuan pula bagi memeriahkan rumah tangga kami," katanya.
Selain Sakha Dyandra, Pasha dan Adelia mempunyai seorang lagi anak iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim yang kini berusia dua tahun.
Dalam pada itu, Pasha berkata, dia berhasrat untuk memiliki ramai anak kerana sukakan keluarga yang besar dan mengakui tidak melakukan sebarang proses perancangan keluarga.
"Jika ada rezeki saya terima dan tidak perlu rancang-rancang untuk dapatkan anak," katanya. mStar
No comments
Post a Comment