Apabila media sosial dikenalpasti mampu menaikkan reputasi produk yang diniagakan, penggodam mengambil kesempatan menggunakan skil mereka untuk mereka penilaian palsu seperti bilangan ‘likes’ dan ‘followers’.
Maklumlah, bilangan ‘likes’ dan ‘followers’ ini sememangnya mampu mempengaruhi pembeli untuk turut menyelusuri sesebuah laman yang menjual produk mereka. Ibaratnya jika ramai yang suka, tentulah kita akan menyangka ia produk yang bagus.
Justeru penggodam mencipta Virus Zeus, yang mampu mewujudkan ‘likes’ dan ‘followers’ daripada pengguna akaun palsu di Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain media sosial.
Virus yang diubahsuai untuk mengawal komputer yang dijangkiti dari server utama seterusnya memaksa komputer untuk post ‘like’ kepada pengguna tertentu ini turut dikesan digunakan untuk mencuri data kad kredit.
‘Likes’ palsu boleh dibeli di forum-forum penggodam, pada harga cuma USD15 untuk 1,000 ‘followers’ Instagram atau USD30 untuk 1,000 ‘likes’ di Instagram beserta info lain termasuk nombor kad kredit yang dicuri.
Pakar-pakar pemasaran online mengatakan, terdapat banyak pihak sanggup berbelanja demi memastikan produk yang dijual mereka di laman maya mewujudkan kejutan dan kelihatan sensasi.
Jurucakap Facebook, Michael Kirkland, menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dengan aktiviti, pautan dan aplikasi mencurigakan.
Jurucakap Facebook, Michael Kirkland, menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dengan aktiviti, pautan dan aplikasi mencurigakan.
“Kami bekerja keras untuk menghadkan spam dan menghalang penciptaan akaun melalui cara yang tidak dibenarkan,” kata Kirkland.
Menurutnya, Instagram yang telah dibeli Facebook tahun lalu pada harga USD1 bilion akan turut ditingkatkan langkah keselamatannya sama seperti jaringan sosial popular tersebut.
Menurutnya, Instagram yang telah dibeli Facebook tahun lalu pada harga USD1 bilion akan turut ditingkatkan langkah keselamatannya sama seperti jaringan sosial popular tersebut.
Sumber: Reuters
No comments
Post a Comment