Los Angeles –Sepasang suami isteri yang sebelum ini hidup dalam kesusahan dan menjadi gelandangan, kini menjadi jutawan selepas mereka dibayar pampasan sebanyak RM13.4 juta oleh pihak berkuasa.
Pampasan itu diberikan setelah Angel Mendez dan Jennifer, yang sedang sarat mengandung anak keempat, telah ditembak sebagai 15 kali oleh polis, tiga tahun lalu.
Ketika kejadian, kedua-duanya sedang tidur di dalam bangsal milik rakan mereka di California, disangka sebagai orang buruan pihak berkuasa
Polis tidak mengeluarkan sebarang waran dan tidak memperkenalkan diri kepada pasangan itu yang sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan.
Ketika itu Angel membawa bersama senjata BB yang digunakan untuk menembak tikus.
Angel ditembak sebanyak 14 kali manakala Jennifer pula ditembak di belakang dan luka di bahagian tangan.
Tembakan itu menyebabkan Angel cedera parah manakala kakinya pula terpaksa dipotong.
“Saya menjerit supaya mereka berhenti menembak kerana Jennifer sedang hamil,’’ katanya.
Pasangan itu dibayar pampasan RM13.4 juta selepas hakim mendapati hak mereka telah dicabul sementara anggota polis yang terlibat pula telah dibebaskan selepas siasatan dalaman dijalankan.
No comments
Post a Comment