Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tom Cruise Nafi Abaikan Anaknya
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Foto

Los Angeles: Walaupun sudah bercerai dan mempunyai jadual lakonan padat, Tom Cruise tetap rapat dengan anaknya Suri, kata pelakon itu dalam dokumen difailkan bagi kes saman fitnahnya terhadap penerbit sebuah majalah.

Dokumen sepanjang dua muka surat itu yang memperincikan hubungan rapatnya dengan anak perempuannya difailkan Selasa lalu terhadap Bauer Publishing Co. Bauer disaman berhubung dua laporan tabloid pada 2012 mendakwa beliau ‘mengabaikan’ anaknya. Artikel disiarkan dalam majalah Life & Style serta In Touch mendakwa Cruise sering tiada di sisi Suri kerana banyak terbabit penggambaran di luar negara untuk tempoh lama.

“Saya tidak pernah memutuskan hubungan dengan Suri, sama ada secara fizikal, emosi, kewangan atau apa cara lain sekalipun,” kata pelakon itu.

Katanya, walaupun terbabit penggambaran tanpa henti pada 2012 beliau berborak dengan anaknya itu setiap hari dan sering mengetahui perkembangannya melalui ibu kanak-kanak itu, pelakon Katie Holmes.

Peguam Cruise memohon supaya Bauer diarahkan mengakui tidak mempunyai sumber untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Bagaimanapun, peguam Bauer mendakwa permohonan itu patut diketepikan. Mereka juga mendakwa memiliki laporan dan kenyataan daripada sumber rahsia yang mengatakan pelakon itu gagal hadir untuk hari pertama persekolahan Suri sedangkan beliau boleh menaiki kapal terbang ke New York untuk tujuan itu. - AP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments