NEPAL – Devi Budhathoki dan tiga anaknya, Manjura, 14, Niraj, 12,
serta Mandira, yang berusia tujuh tahun sering dipersendakan oleh
rakan-rakan mereka kerana mempunyai bulu yang lebat di seluruh badan.
Semuanya kerana mereka mengalami sindrom werewolf dengan seluruh
dahi dan bahagian badan yang lain ditumbuhi dengan bulu tebal..
Namun kini semuanya sudah berubah apabila Devi dan anak-anaknya
menjalani pembedahan laser, untuk membuang semua bulu tebal tersebut.
Rawatan tersebut memberikan harapan baru kepada mereka kerana tidak lagi berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai.
Mereka yang berasal dari kawasan pedalaman di pergunungan Dolkha itu,
terpaksa meredah perjalanan yang jauh semata-mata untuk menjalani
rawatan itu yang diadakan di Hospital Dhulikhel di Kathmandu.
Sebelum pembedahan itu, Devi berkata, dia lebih bimbangkan mengenai
nasib anak-anaknya yang sering dipersendakan oleh kawan-kawan mereka di
sekolah.
“Selepas kami mengetahui bahawa hospital bersedia untuk membuat
rawatan berkenaan, anak-anak saya tidak berhenti-henti bercakap
mengenainya kerana mereka tidak mahu lagi menjadi bahan ketawa,’’
katanya.
Meskipun sindrom tersebut tidak mempunyai ubat, namun ia bulu tebal berkenaan boleh dikurangkan menerusi rawatan membuang bulu.
No comments
Post a Comment