Rio: Biarpun bergelar bintang pop antarabangsa bernilai AS$130 juta
(RM413 juta), Justin Bieber hanya seorang remaja yang ingin berseronok.
Selepas menghabiskan masa di kelab malam, penyanyi berusia 19 tahun
itu membawa 10 gadis bertuah ke rumah agam sewanya di Rio, Ahad lalu
namun hidangan disediakan sungguh tidak diduga.
Selepas menandatangani perjanjian kerahsiaan dan menyerahkan telefon bimbit masing-masing, mereka dihidangkan makanan ringan lebih sesuai untuk kanak-kanak seperti naget ayam, coklat, gula-gula, kerepek kentang dan kekacang.
Pelajar Marina Binimeliz, 18, mengakui dia dijemput menyertai
kumpulan itu selepas berjaya memasuki bilik peribadi bintang terkemuka
itu di kelab malam Zax.
“Banyak makanan ringan dihidangkan di tepi kolam renang dan kawasan rehat,” kata remaja itu.
Katanya, walaupun terbau ganja di rumah itu dia tidak pernah sekali melihat Bieber sendiri mengambil dadah.
“Kami menandatangani kontrak berjanji tidak akan mengambil atau
menyiarkan sebarang gambar. “Saya tidak sempat mengambil gambar kerana
telefon dirampas sebelum diserahkan semula ketika saya pulang,” katanya.
- Agensi
No comments
Post a Comment