NEW YORK – Bapa Oprah Winfrey telah diarahkan membayar lebih
RM200,000 kepada bekas isterinya selepas dia curang dengan seorang
pelacur yang dikenali sebagai `Gigi Satu’ serta mengugut untuk
menembaknya.
Vernon Winfrey, 79 telah dituduh oleh bekas isterinya yang juga ibu tiri kepada oprah iaitu Barbara sebagai `penzina’
.
Mahkamah juga membenarkan pasangan itu yang berkahwin selama 12 tahun
untuk berpisah selepas petisyen yang dibuat oleh Vernon pada Jun tahun
lepas, untuk menceraikan Barbara ditolak.
Barbara mendakwa Vernon telah menipunya dan curang selama beberapa tahun dengan meniduri pelacur.
Salah seorang pelacur dikenali sebagai `gigi satu’.
Barbara juga mendakwa pelacur itu cuba mengugut Vernon dengan menggunakan video seks.
Wanita itu memfailkan dokumen perceraian berkenaan pada 11 Oktober
lalu dan turut mengemukakan tuntutan terhadap beberapa hartanah yang
dimiliki oleh dia dan Vernon.
Dokumen itu juga menyatakan bahawa Vernon cuba menembak Barbara
ketika lelaki itu sedang mabuk serta mengejarnya di dalam rumah dengan
pistol yang masih berada dalam kocek bajunya.
Dalam pada itu, Oprah terkejut dengan dakwaan Barbara yang disifatkan sebagai terlalu sensasi.
“Dakwaan mengenai pelacur dan senjata itu itu adalah melampau dan ia
juga mengganggu Oprah,’’ kata jurucakap selebriti berkenaan.
No comments
Post a Comment