Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pencuri BODOH Tidak Jadi Mencuri Kerana Diketawakan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Seorang lelaki yang berpakaian Gumby cuba merompak sebuah kedai 7-Eleven yang terletak di Rancho Penasquitos awal pagi isnin lepas. Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya kerana kerani yang sedang menjaga kedai tersebut ketawa tanpa henti selepas melihat cara pemakaian lelaki itu.

Menurut Gary Hassen, seorang detektif San Diego, suspek memberitahu kerani bahawa dia baru sahaja merompak sebuah stor di Jalan Carmel Mountain.

Kerani itu yang menyangka lelaki berkenaan ingin membawanya bergurau, memberi respon yang dia tidak mempunyai masa bergurau kerana perlu membersihkan lantai kedai tersebut.

Daripada video yang dirakam melalui CCTV, lelaki berkenaan ada mempamerkan bentuk semacam pistol di dalam poketnya untuk menakutkan kerani itu.

Selepas tidak dilayan oleh kerani itu, suspek berkenaan meninggalkan kedai dengan sebuah van yang dipandu oleh rakannya.

Cubaan merompak itu berlaku kira-kira pukul 12.30 a.m pagi isnin. Apapun, kerani berkenaan tidak membuat sebarang laporan polis kerana tidak pernah terfikir kejadian tersebut adalah cubaan merompak. Beliau hanya menyedari perkara itu selepas pukul 6 a.m. pagi isnin yang kemudiannya membuat laporan polis.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments