Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Viagra Bantu Kecutkan Tumor Budak 10 Tahun
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Mexico – Viagra bukan sekadar ubat untuk golongan lelaki bagi meningkatkan `kekuatan’ di atas katil, sebaliknya ia juga mempunyai manfaat untuk penyakit lain.

Sebaliknya viagra memberi harapan baru kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang menghidap tumor di bahagian lehernya.

Budak tersebut, Jose Serrano, dari Ciudad Juarez, kini terpaksa bergelut dengan masa kerana tumor yang semakin membesar itu menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas.

Saiz tumor tersebut kini sebesar kepala Jose sendiri.
Untuk itu Jose perlu menjalani pembedahan namun ia tidak dapat dilakukan sehinggalah tumor tersebut mengecut.
Bagi tujuan itu, Viagra digunakan bagi membantu mengecutkan tumor tersebut.
Jose kini mengambil ubat tersebut dengan harapan suatu masa nanti dia akan hidup sebagai budak normal.

“Jika doktor dapat memulihkan keadaan ini, saya amat gembira dan dapat melakukan apa yang saya ingin lakukan selama ini iaitu berlari, bermain dan apa sahaja,’’ katanya.

Akibat tumor yang semakin membesar itu, Jose juga tidak dapat berenang kerana air akan mengakibatkan dia mengalami kesakitan.

Sebahagian tumor tersebut kini dikesan merebak ke paru-parunya dan semakin menghampiri salur pernafasannya . Ia juga dibimbangi akan merebak ke bahagian matanya.
Dalam pada itu, ibunya, Cindy berkata, tumor tersebut menyebabkan anaknya itu menjadi tumpuan ramai.

“Ia amat sukar. Orang ramai merenungnya dan ada juga memandang dengan sinis. Kami cuba menjadikan Jose sebagai kanak-kanak normal yang lain dan membenarkan dia melakukan apa yang kanak-kanak sebayanya yang lain lakukan jika ia tidak membahayakan,’’ katanya.

Meskipun kos pembedahan bagi membuang tumor itu berjumlah lebih RM600,000 namun Jose bernasib baik kerana dia mendapat sumbangan daripada sebuah NGO.




About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments