PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu, kencing di tempat
duduk penumpang kapal terbang apabila mendapati tandas pesawat berkenaan
ditutup, kata sumber, semalam.
Katanya, aktor berusia 63 tahun itu menjerit mahu membuang
air ketika penerbangan dari Paris ke Dublin, Ireland, bersedia untuk
berlepas.
“Disebabkan pesawat itu bergerak di landasan dan bersedia untuk berlepas, kru kabin meminta Depardieu bersabar,” katanya.
Bagaimanapun, kata saksi, pelakon yang pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar itu memberitahu, dia tidak boleh menahan dirinya.
“Dia yang kelihatan mabuk kemudian berdiri dan kencing di situ juga,” katanya.
Perbuatan Depardieu memaksa penerbangan itu tergendala dua jam bagi
membolehkan pesawat dicuci. Tidak dapat dipastikan sama ada Depardieu
dibenarkan terus menaiki pesawat itu atau tidak.
No comments
Post a Comment