Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » MH370: Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Kini sentimen anti Malaysia semakin berleluasa di Tanah Besar China apabila sebilangan besar penduduknya menyalahkan kerajaan Malaysia di atas tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semalam juga telah diadakan protes oleh ahli keluarga penumpang dari China di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Terbaharu, menurut laporan Beijing Youth Daily, kebanyakan selebriti kelahiran China menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan kelembapan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh negara.

Antaranya aktor Liu Ye mempersoalkan kenapa kerajaan lambat mengatakan pesawat itu berpatah balik menyebabkan semua operasi SAR terpaksa bertumpu di Laut China Selatan.



Namun, seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, operasi SAR sebelum ini tertumpu di Laut China Selatan berikutan penemuan beberapa objek oleh satelit China sendiri yang menyebabkan pencarian lebih tertumpu di bahagian tersebut.

Jadinya, penduduk China perlulah membuang segala kesangsian dan tiada apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan Malaysia berhubung insiden tersebut.
Kalau mereka kehilangan ahli keluarga tersayang, rakyat Malaysia dan 12 warganegara lain pun kehilangan orang tersayang juga.

Kita faham penderitaan yang dialami mereka, namun janganlah sampai mengambil peluang ini untuk mewujudkan sentimen Anti Malaysia.
Bukannya kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak berusaha untuk mencari namun, sehingga kini penemuan positif berhubung insiden itu masih belum ditemui.

Namun tak semua selebriti di sana berfikiran seperti Liu Ye, di mana pelakon China yang mencipta nama di Hollywood, Zhang Ziyi menyifatkan tragedi yang berlaku sangat menyayat hati malah mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden tersebut.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments