Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » MH370: Data Imej Satelit Airbus UK Kesan 122 Objek Di Lautan Hindi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sebahagian objek satelit Airbus UK berukuran semeter hingga 23 meter panjang dan kelihatan bersinar, kemungkinan ia bahan keras di kedudukan 2,557 kilometer dari Perth.
 
“Perancis, China dan Australia sudah keluarkan data imej satelit yang berkemungkinan ada kaitan dengan pesawat MH370.

“Semalam 25 Mac, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) terima data imej terbaru dari satelit Pertahanan dan Angkasa Airbus UK yang berpangkalan di Perancis di mana imej berkenaan dikesan pada 23 Mac.
“MRSA sudah analisis objek berkenaan… di satu kawasan di Lautan Hindi seluas 400 kilometer persegi yang mana 122 objek dikesan di kawasan berkenaan.

“Sebahagian objek berukuran semeter panjang dan ada yang berukuran 23 meter panjang. Ia kelihatan bersinar, kemungkinan bahan keras,” katanya pada sidang media harian MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Hishammuddin berkata, MRSA dengan segera menghantar laporan berkenaan kepada Pusat Koordinasi Kecemasan Australia di Perth semalam, namun tidak dapat disahkan objek berkenaan ada kaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, ia adalah petunjuk baharu dalam misi mencari bangkai pesawat MH370,” katanya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments