JADI inspirasi, seorang wanita hamil yang menjangkakan anak kembar ini sangat komited dan kekal pergi ke gym bagi menjaga kecergasan dirinya.
Sophie Guidolin yang hamil 26 minggu dengan anak kembar perempuan tetap masuk ke gym 3 kali seminggu dan itu boleh dijadikan contoh dan inspirasi kepada orang di luar sana yang selalu memberi alasan.
Walaupun Sophie mendapat kebenaran daripada doktor untuk melakukan aktiviti itu, rata-rata orang ramai masih mengkritik tindakannya selepas dia memuat naik gambarnya mengangkat besi seberat 30 kg.
“Ada seorang lelaki memberi komen kepadanya mengatakan berat besi yang diangkatnya itu boleh dikategorikan sebagai berat, tapi berat kepada siapa?
“Berat anak lelaki saya adalah 29 kg dan setiap kali dia tertidur saya perlu mengangkatnya. Bagi saya ianya tidaklah berat,” katanya kepada sumber.
“Keguguran boleh berlaku akibat daripada pelbagai perkara, namun orang ramai suka kaitkannya dengan senaman.
“Kebaikan bersenam pasti dapat mengatasi keburukan bersenam. Saya harap wanita mengandung di luar sana tahu akan kebaikan bersenam serta pengamalan gaya hidup sihat semasa mengandung,” tambahnya.
Betul juga apa yang diperkatakan Sophie, sesuai dengan pepatah kalau mahu seribu daya tak mahu seribu dalih, apa yang dilakukan oleh Sophie ini sememangnya menakjubkan.
Lelaki yang tak mengandung pun belum tentu komited dan disiplin untuk melakukannya.
No comments
Post a Comment