Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Puncak Lumpur Disebabkan Tolakan Gas, Bukan Wap Gunung Berapi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Beaufort: Kewujudan tompokan lumpur panas di Jalan Beaufort-Menumbuk kononnya disebabkan aliran wap gunung berapi bawah tanah yang viral di laman sosial adalah tidak benar.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mustafar Hamzah berkata, kejadian berlaku kerana tindak balas semula jadi dan bukannya disebabkan gunung berapi. “Ini hanya pembentukan lumpur biasa yang terjadi akibat air hujan yang menyerap masuk ke dalam tanah melalui retakan atau rekahan di permukaan bumi.

“Air hujan melarutkan batuan di dalam bumi sehingga membentuk lumpur berasid dan membebaskan gas,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mustafar berkata, akibat pembebasan gas terlalu banyak, air bawah tanah akan tertolak ke permukaan tanah dan membentuk buih seakan-akan sedang menggelegak seperti kawah gunung berapi.



“Pada musim hujan, lumpur akan lebih cair atau likat selain membentuk lebih banyak buih disebabkan tindak balas kimia.

“Malah, lumpur yang menggelegak ini akan mengeras dan pekat sekiranya tiada hujan dalam tempoh lama,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati lumpur berkenaan tidak berbahaya kepada orang ramai. “Berdasarkan rekod, hanya Tawau dan Lahad Datu yang mempunyai sejarah pembentukan gunung berapi satu ketika dulu.

“Namun, tiada sebarang sejarah pembentukan gunung berapi di pantai barat negeri ini termasuk Beaufort dan Menumbuk, sekali gus dakwaan segelintir pihak berhubung lumpur gunung berapi terbentuk adalah tidak benar,” katanya. Katanya, lumpur yang terhasil di kawasan itu hampir sama dengan pembentukan lumpur di Pulau Tiga, Beaufort dan Ladang Binuang, Kunak, akibat larutan batuan dan tindak balas kimia.

Bagaimanapun, Mustafar berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawainya ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel lumpur bagi membolehkan ujian makmal dilakukan secara terperinci. Sebelum ini, beberapa foto berkaitan pembentukan lumpur didakwa daripada aktiviti gunung berapi di Kampung Bangau, Jalan Beaufort-Menumbuk mendapat reaksi orang ramai selepas disebarkan melalui laman Facebook (FB).


Harianmetro 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments