Tempat pembuangan sampah ada tetapi
tempat pembuangan bayi? Hurm musykil. Kes pembuangan bayi banyak berlaku
di China dan setiap tahun menjadi semakin parah. Untuk mengurangkan dan
membasmi kejadian tersebut, pihak berkuasa di China telah
membina tempat untuk meletakkan dan meninggalkan bayi, di mana ibu bapa
boleh meninggalkan anak mereka yang masih kecil yang tidak diingininya.
Tempat pembuangan bayi terletak di
Bandar Nanjing, sebelah timur China. Di sana ibu bapa boleh meletakkan
bayi mereka dengan aman dan tanpa ada orang yang mengetahuinya. Apabila
ada bayi ditinggalkan, maka secara automatik sistem penggera akan
berbunyi. Staff Rumah Kesejahteraan Nanjing, yang hanya berjarak lima
minit dari tempat itu, kemudian akan datang untuk mengumpulkan anak –
anak ditinggalkan para ibu bapa mereka.
Tujuan bangunan ini dibina agar tidak
ada lagi kes pembuangan bayi oleh anak muda di sembarangan tempat. Di
sini, bayi-bayi akan dirawat oleh Rumah Kesejahteraan Nanjing setelah
ditinggalkan.
Walaubagaimanapun, bangunan ini
dkhuatiri akan membuatkan pasangan khususnya pasangan muda mengambil
kesempatan. Malah, menjadikan mereka tidak bertanggungjawab terhadap apa
yang dilakukan kerana sudah ada jalan keluar atas kehamilan yang tidak
dirancang.
No comments
Post a Comment