Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Syarikat Penerbangan India ‘Gerun’ Kehadiran Tony, Rancang Bantah Air Asia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu.
Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia.
Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).
AirAsia India, usaha sama 49:30:21% antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) dan Kementerian Penerbangan Awam.
Ia juga menerima Persijilan Tiada Bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam.
“Kami merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan untuk pergi lebih jauh setakat ini di India. Ramai yang mahukan kami. Ada juga segelintir yang tidak mahukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.
DGCA juga meluluskan semua kemudahan latihan AirAsia India.
AirAsia India, syarikat penerbangan pertama dilancarkan sejak kerajaan India pada September 2012 membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49% oleh syarikat penerbangan asing dalam sektor penerbangan awam, menyasar untuk memulakan operasi dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya.
Bagaimanapun, laporan membayangkan ia hanya boleh bermula kemungkinan September tahun ini.
Terdahulu pada tahun ini, kerajaan India meminta orang awam untuk membuat bantahan baharu, sekiranya ada, terhadap langkah membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi di negara yang memiliki jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, yang mana hanya kira-kira 1% menggunakan perkhidmatan penerbangan.
Tindakan ini diambil meskipun hakikatnya AirAsia India telahpun melalui proses yang sama tahun lepas.
Seorang ketua parti politik, Subramanian Swamy, juga membawa kes ke mahkamah tahun lepas, membantah kelulusan diberikan kepada AirAsia India untuk melancarkan syarikat penerbangan.
Nampaknya, industri penerbangan India, yang menanggung hutang kira-kira AS$12.6 bilion dan kerugian kumulatif AS$8.6 bilion takut dengan persaingan baharu yang akan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. – Bernama

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments