Bagi ibubapa yang pernah menaiki kapal
terbang bersama bayi dan anak kecil, pasti adakalanya berlaku kejadian
yang tidak dijangka dan mungkin menyebabkan penumpang lain turut
terkesan. Mungkin beberapa tips daripada ibubapa lain di bawah boleh
digunakan semasa menaiki pesawat dan memudahkan anda.
1. Sebelum penerbangan berlepas dan mendarat, ibu bapa disarankan supaya memberikan anak minum susu
( menyusu badan ataupun dari botol ) terlebih dahulu untuk mengelakkan
masalah tekanan terutamanya pada telinga anak. ( Tips dari Syap Pika )
2. Jika masa penerbangan anda lama, anda boleh membawa sekali permainan anak anda supaya anak anda tidak cepat bosan. ( Tips dari Puan Ameera )
3. Jika bayi anda masih menyusu badan, anda boleh memeluk bayi anda semasa dia menyusu kerana itu membolehkan bayi anda tidur dan berasa selesa. ( Tips dari Puan Norhazwani )
4. Cuba daftar masuk penerbangan dengan lebih awal
supaya tidak kelam kabut. Kemudian semasa kapal terbang hendak
mendarat, beri anak anda hisap pacifier supaya telinga mereka tidak
berdengung ( kerana tekanan ) dan sudah tentu pramugari boleh membantu
anda jika ada apa-apa masalah. ( Tips dari Sha Shahira Rosli )
5. Bawa selimut lebih untuk anak-anak anda dan gunakan baby carrier
( Ergo, Boba ) untuk memudahkan anda mengangkat barang yang lain dan
menyelesaikan hal sebelum berlepas ( pas masuk dan sebagainya ). ( Tips
dari Puan Nurul Haizum )
6. Jika bayi anda boleh makan makanan pepejal/lembut, jangan lupa bawa makanan bayi dari botol
yang boleh dibeli di pasaraya. Bawa juga kudapan untuk anak-anak anda
atau beli sahaja semasa berada di dalam penerbangan. ( Tips dari Puan
Nurul Haizum )
7. Bawa pakaian lebih untuk anak-anak anda dan juga baby wipes/tuala kecil. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )
8. Dapatkan tempat duduk yang mempunyai ruang baby bassinet. ( Tips dari Puan Nurul Haizum )
9. Penggunaan gajet
pada masa kini memudahkan ibu bapa bersama anak semasa di dalam
penerbangan. Muat turun aplikasi menarik ataupun video hiburan yang
sesuai supaya anak anda tidak bosan. Tetapi anda perlu pastikan ia tidak
mengganggu penumpang lain ( elakkan bising ) ( Tips dari Puan Nurul
Haizum )
10. Sekali sekala bawa bayi/ anak anda berjalan di dalam penerbangan ( pastikan isyarat duduk dipadamkan terlebih dahulu ) supaya anak anda lebih segar dan tidak penat.
11. Anda juga boleh memilih masa penerbangan
sama dengan masa bayi dan anak-anak anda tidur. ( Encik Faiz Azizi
) Penerbangan malam baik untuk perjalanan jarak jauh. Cari penerbangan
yang tidak akan mengganggu rutin bayi anda.
12. Jika anda menaiki kapal terbang dengan bayi, pastinya bedung merupakan salah satu tips terbaik untuk memastikan bayi anda selesa di dalam perjalanan ( Puan Nor Zill )
13. Jika ibu terbang bersama bayi tanpa
kehadiran suami, anda boleh meminta bantuan pramugari/pramugara untuk
membantu anda membawa bagasi, daftar masuk dan menaiki perkhidmatan
buggy.
14. Elakkan membawa barang berharga
ataupun simpan barang berharga di tempat selamat jika anda terbang
bersama anak kecil. Ini supaya anda tidak leka dan tertinggal barang
apabila sibuk menguruskan anak di dalam penerbangan.
15. Jika anda mampu, anda boleh membeli atau memilih tempat duduk yang mempunyai ruang kaki tambahan
supaya anak-anak anda lebih selesa. Penerbangan masa kini memberikan
anda pilihan tempat duduk yang lebih selesa untuk mereka yang sudah
berkeluarga. Bagi anda yang tidak tahu, kanak-kanak dibenarkan untuk
duduk di atas riba ibubapa sehingga mereka berusia dua tahun. Tetapi
anda disarankan untuk menempah tempat duduk buat anak anda jika mereka
berusia 2 tahun ke atas jika penerbangan itu mengambil masa yang
lama. Dengan cara itu mereka boleh duduk di tempat duduk mereka sendiri,
bermain dengan permainan mereka, dan jika anda bernasib baik, mereka
boleh tidur sebentar dengan selesa.
16. Selalu periksa lampin bayi dan tukar
jika tiba masa di ruang penukaran lampin. Kapal terbang terkini
mempunyai ruang khas untuk ibu bapa menguruskan anak-anak. Jangan
biarkan anak anda tidak selesa.
17. Jika penerbangan tidak penuh, minta
jasa baik pramugari/pramugara menukar tempat duduk anda ke tempat yang
lebih luas ataupun yang kosong. Ada penerbangan yang membenarkan
penumpang menukar tempat duduk suka sama suka atau dengan kebenaran krew
kabin.
18. Bagi yang tidak mempunyai anak pula,
cuba untuk memahami situasi yang tidak dijangka ibubapa yang mempunyai
anak kecil. ( Puan Ida Haryani )
19. Maaf. Mungkin ada penumpang yang memahami situasi ibubapa yang mengembara bersama anak kecil, tetapi ibu bapa juga harus ringan mulut untuk meminta maaf pada penumpang lain jika itu membuatkan mereka tidak selesa. Kadang-kadang sikap acuh tak acuh dan expect semua orang fahami situasi mereka mungkin menyebabkan ada yang kena ‘jeling’. Pokoknya belajar bertoleransi.
20.Pilih syarikat penerbangan dan lapangan terbang
yang mesra kanak-kanak. Anda boleh mempunyai pengalaman yang baik, atau
tidak baik, di mana-mana syarikat penerbangan. Ia bergantung kepada
bagaimana anak kapal mengendalikan penerbangan ataupun elakkan terbang
di waktu puncak. Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai
reputasi yang baik secara keseluruhan dan yang paling mesra kanak-kanak
dan kebanyakkannya adalah syarikat penerbangan Asia. Banyak lapangan
terbang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak dan ruang
menukar lampin dan menguruskan anak kecil serta bayi.
-Wanista-
No comments
Post a Comment