Sekumpulan penduduk yang berang dengan tindakan dua lelaki mencuri anjing peliharaan untuk dijual ke restoran membelasah mereka dengan kayu dan batu.
Kedua-dua lelaki terbabit pernah ditangkap mencuri anjing peliharaan malah sering memasuki perkampungan dan mengumpan anjing milik penduduk dengan daging yang dicampur dengan dadah sebelum haiwan itu dibelasah dan dimasukkan ke dalam kereta untuk dijual sebagai bahan hidangan di restoran.
Mereka ditangkap apabila seorang penduduk di perkampungan Sanjiang terserempak dengan mereka ketika kedua-dua lelaki itu mengumpan anjingnya.
Tiga lagi anjing sudah dimasukkan ke dalam kereta mereka.
Jeritan lelaki itu menyebabkan jirannya keluar dan terus memukul dua lelaki terbabit, malah kumpulan itu begitu marah sehingga enggan menyerahkan pesalah itu kepada polis sebaliknya berarak membawa mereka di kampung itu.
Keluarga dua lelaki itu datang memohon maaf dan berjanji membayar ganti rugi 5,000 yuan (RM2,600).
Daging anjing memang digemari di China dan kecurian seumpama ini bukan perkara baru.
Malah, beberapa bulan lalu seorang lelaki di Guangdong ditahan kerana meracun anjing peliharaan orang sebelum menjual daging haiwan itu di restoran.
Tahun lalu, pihak berkuasa Zhejiang menemui kes membabitkan anjing diracun untuk dagingnya apabila menahan beberapa orang yang dipercayai menjual lebih 11 tan daging anjing.
No comments
Post a Comment