Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hipokrit: Sham Kamikaze jawab tuduhan bekas isteri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



RAMAI terkejut dengan pendedahan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila AJ di BiPop semalam yang dianggap sesuatu yang mengaibkan bekas gitaris Kumpulan Kamikaze itu.
Pendedahan yang dibuat pula bukan calang-calang. Farazila menggambarkan Sham sebagai manusia hipokrit termasuk sikap pura-pura alim di Facebook.
Ekoran pendedahan itu, Sham yang mulanya mengambil sikap berdiam diri, akhirnya tampil membuat penjelasan di laman Facebook dan mendakwa kenyataan bekas isterinya itu tidak ubah seperti menjaja kisah rumah tangga dan mungkin bermotifkan dendam dan cuba memalukannya.
Sham mempersoalkan tujuan Farazila membuat kenyatan tersebut memandangkan mereka sudah tidak mempunyai ikatan.
“Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.
“Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai,” kata Sham dalam status terbarunya di Facebook.
Farazila dalam kenyataan kepada BiPop mendedahkan perangai Sham yang dikatakan sering berpura-pura dan bangga diri apabila ramai peminat menganggapnya seorang yang alim dan mulia.
Salah satu kenyatan Farazila yang mengejutkan ramai pihak ialah: Bayangkan sebelum subuh, jam sudah berbunyi dan dia bangun tidur lalu terus menghadap komputer. Ayatnya di komputer “jom solat” tetapi sebenarnya dia tidak bersolat dan tidur semula. Ia berlaku banyak kali dan saya muka dengan perkataan “jom solatnya” itu.”
Farazila turut mendedahkan Sham pernah meninggalkannya di tepi lebuh raya semata-mata kerana mereka berbalah mengenai Facebook.
Sham dalam statusnya itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut pendedahan Farazila kerana menganggap hubungannya dengan wanita itu sudah tinggal sejarah.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi,” ujar Sham.
Berikut status terbaru Sham di Facebook mengulas pendedahan Farazila.
Assalamu’alaikum wbt.
Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi. Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.
Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.
Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Setakat ini, Farazila tidak memberi sebarang respon terhadap kenyataan bekas suaminya itu, namun ramai peminat Sham meminta supaya kedua-dua belah pihak menyelesaikan sebarang pertikaian secara baik. – New Malaysian Post
Baca juga:

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments