MASSACHUSETTS – Seorang maknyah yang melakukan semua aktiviti dalam
keadaan separuh bogel semata-mata kerana mahu memperjuangkan kesaksamaan
berbogel, telah menerima kecaman penduduk setempat.
Stacey Schnee, 38, bukan sahaja mengayuh basikal separuh bogel dengan
mendedah bahagian atas badan, malah dia turut memotong kayu, memandu,
berkebun dan mengadakan barbeque dalam keadaan tersebut.
Keadaan ini menyebabkan penduduk setempat membuat laporan polis.
Masalahnya polis pula tidak dapat menahan Schnee kerana dia menutup
puting payu dara dan memakai seluar, justeru Schnee dianggap sebagai
tidak berbogel.
Undang-undang di Massachusetts menetapkan berbogel dan separuh bogel adalah haram.
Schnee merupakan anggota kumpulan Topless Equality, iaitu satu
kumpulan yang memperjuangkan hak wanita untuk mendedahkan bahagian atas
badan di khalayak ramai, sama seperti lelaki.
Dia yang mempunyai dua anak menjalani pembedahan tukar jantina pada
bulan Jun 2011 dan pembedahan membesarkan payu dara pada tahun lepas.
Jelasnya, sebelum pembedahan itu, dia terpaksa bergelut dengan
identitinya dan mahu membunuh diri kerana hidup sebagai lelaki dan
wanita, bukan satu perspektif yang biasa kepada kebanyakan orang.
Keadaan berubah selepas dia menjalani pembedahan tersebut.
“Saya sering mendedahkan payudara saya dan kadang-kadang berbogel di depan anak-anak saya.
“Bagi mereka, ia bukan sesuatu yang luar biasa dan mereka tidak peduli,’’ katanya.
No comments
Post a Comment