KUALA LUMPUR: Kumpulan metal, Linkin Park tampil dengan memberikan persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton pada konsert jelajah dunia ‘Living Things’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, Isnin.
Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah ini membuka tirai konsert pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Tinfoil, Faint dan Papercut.
Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave 'Phoenix' Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.
Linkin Park terus memberi persembahan bertenaga dengan lagu-lagu popularnya sepertiGivin Up, With You, Somewhere I belong, New Divide dan Victimized.
Sorakan kuat penonton mengamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cuba berinteraksi dengan penonton.
Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu menyampaikan 21 buah lagu dalam konsert yang berlangsung selama dua jam.
Tidak mahu menghampakan peminat, kumpulan ini turut menyanyikan lagu popular seperti In The End, Numb dan What I've Done pada bahagian penutup.
Biarpun dibasahi hujan renyai, penonton berpuashati dan terhibur dengan persembahan kumpulan tersebut.
Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 "Living Things" ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.
Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.
No comments
Post a Comment