Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PM Australia Dalam Muzik Video Band Punk~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KevinRudd01

PERDANA Menteri Australia Kevin Rudd dan pemimpin pembangkang Tony Abott muncul di dalam sebuah muzik video oleh sebuah kumpulan muzik punk. Kevin muncul di dalam video itu bersama dengan beberapa anggota parlimen, menteri dan juga senator.


Video klip berkenaan adalah untuk sebuah lagu dari Kumpulan Indie Punk Super Best Friends, yang memaparkan politikus di Australia miming mengikut lagu itu.

Lagu bertajuk Round and Round juga memaparkan babak babak ekslusif ahli politik di Ausrtalia menjalan tugas mereka dan sesekali menampilkan aksi unik.


Seorang ahli politik dipaparkan sedang menggosok seluar dalam menggunakan seterika di atas meja kerjanya.

Perdana Menteri Australia di akaun twitternya berkata "Kita bernasib baik keputusan pilihan raya bukan ditentukan melalui keupayaan seseorang itu untuk menari," katanya.


Turut muncul di dalam klip video itu ialah Timbalan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese dan Kieren Gilbert seorang wartawan dari Sky News. - Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments