MICHIGAN – Penyanyi utama kumpulan The Calling, Alex Band telah diculik dan dipukul sebelum ditinggalkan di tepi landasan keretapi, ketika penyanyi berkenaan berjalan kaki menuju ke pasar raya.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, mangsa berada di Lapeer, untuk menghadiri festival muzik.
Dia dikatakan berjalan kaki dari hotelnya menuju ke pasar raya itu.
Bagaimanapun secara tiba-tiba sebuah van telah berhenti di sebelahnya dan Alex ditarik masuk ke dalam van itu sebelum dibelasah.
Kehilangan Alex disedari oleh salah seorang anggota kumpulan berkenaan dan mereka kemudiannya mencari Alex.
Penyanyi berkenaan telah ditemui namun mengalami luka yang teruk akibat dipukul.
The Calling mencipta nama pada 2001 selepas menebitkan album berjudul Wherever You Will Go namun berpecah.
Kumpulan itu dilaporkan bergabung semula baru-baru ini.
Sementara itu, polis memaklumkan, dua lelaki yang memandu mini van berwarna biru disyaki menculik Alex.
Polis berkata, penyanyi itu mendakwa dia telah dirompak namun tidak dinyatakan berapa banyak wangnya yang dilarikan.
No comments
Post a Comment