Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Rakan Terkejut Mangsa Sudah Siap Sedia Ditimpa Musibah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Rakan Terkejut Mangsa Berubah
KUALA KRAI – “Dia banyak berubah, katanya enjin jengkaut yang selalu digunakannya rosak, begitu juga dengan enjin jengkaut yang sedang digunakan hari ini (semalam), selepas itu dia maklumkan kemungkinan dirinya juga akan ditimpa musibah,” luah Endhik Iman Sumarji,25, rakan lelaki berketurunan Cina yang ditemui lemas di Sungai Lebir berhampiran Kampung Tualang kira-kira jam 2.44 petang semalam.
Endhik Iman berkata, dia tidak menyangka mendiang yang berasal dari Kluang, Johor itu dapat merasakan dirinya bakal ditimpa bencana dan banyak menunjukkan perubahan sikap beberapa hari sebelum terjatuh ke Sungai Lebir bersama jengkaut dipandunya kira-kira jam 5.30 petang , kelmarin.
Menurutnya, lelaki berusia 50-an itu sebelum ini seorang yang garang dan serius , tetapi begitu komited terhadap kerja dan tidak suka orang melaksanakan tugas sambil lewa.
Bagaimanapun seminggu sebelum kejadian dia selalu tersenyum, banyak bergurau dengan rakan-rakan sekerja sehingga menyebabkan ramai terkejut dengan perubahan ketaranya itu.
“Saya juga  tidak menyangka perubahan sikapnya itu menandakan dia akan akan pergi meninggalkan kami,” katanya yang telah mengenali mendiang sejak bekerja di lombong bijih besi itu setahun lalu.
Menceritakan detik-detik cemas petang kelmarin, Endhik Iman berkata, dia bersama mangsa dan seorang lagi rakan sedang berusaha mengalihkan generator dari seberang sungai berhampiran lombong bijih besi ke tebing bersebelahan.
Menurutnya, ketika generator berkenaan hendak diletakkan di tebing, tanah tiba-tiba mendap dan jengkaut dipandu mangsa berada dalam keadaan senget.
“Saya larang dia meletakkan generator selepas melihat tanah mendap, tetapi dia tidak endahkan malah terus berusaha mengalihkan generator ke tebing.
“Belum sempat dia meletakkan generator, jengkautnya terbalik, saya dan rakan terus terjun, dia pula terus tenggelam bersama jengkaut dipandunya,” katanya yang cedera ringan di kaki akibat terkena batu ketika terjun menyelamatkan diri.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Azman Abu Hasan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian kira-kira jam 5.55 petang kelmarin dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa ditemui tersangkut pada jengkaut ketika kerja-kerja mengangkat jentera berat dilakukan petang semalam.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa turut disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Krai dan pihak polis. – Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments