KELALAIAN membawa padah. Kelalaian boleh menjadikan anda mangsa jenayah. Video ini memaparkan kejadian curi dikatakan berlaku di Hotel KK di Kota Kinabalu, Sabah. Ia berlaku ketika penjaga kaunter hotel sedang nyenyak tidur pada waktu malam.
Tidak dinafikan kemungkinan para pekerja hotel berkenaan sudah terlalu mengantuk sehingga terlalu nyenyak tertidur sampai tidak menyedari seorang lelaki masuk dan mencuri barangan berharga.
Video selama 4.08 minit menunjukkan dua orang pekerja yang sedang nyenyak di kaunter sebuah hotel dengan nyenyak tanpa menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Video asal dimuatnaik oleh Auntie Sabah tahun lalu dan sehingga kini sudah pun ditonton sebanyak 172,070 kali. Video itu juga dimuat turun dan dimasukkan semula dalam laman YouTube demi menyebarkan kempen kesedaran jenayah kepada orang ramai.
Video itu merupakan rakaman kamera litar tertutup kejadian curi di hotel berkenaan.
Betapa nyenyaknya mereka tidur sehinggakan lelaki itu boleh mundar-mandir dihadapan mereka kira-kira dua minit. Lelaki itu dipercayai sedang memikirkan apa lagi barangan yang hendak dicurinya.
Bagaimanapun, selepas ditonton berkali-kali klip video ini, tidak di jelas barangan apa yang dicuri oleh penyamun bertopi itu.
Pekerja wanita di sebelah kiri terjaga selepas lelaki itu cuba mengambil barang yang dekat dengan dirinya.
Penyamun itu terus berlari keluar dari hotel itu dan pada ketika itulah baru hendak memeriksa CCTV akan kelibat lelaki yang mencuri barangan berharga tadi.
Kelemahan CCTV ialah, kita dapat tahu siapa mencuri, dan bila ia berlaku serta bagaimana ia berlaku. Tetapi ia tidak dapat memperbaiki kecuaian kita selagi kita tidak mengubahnya.
No comments
Post a Comment