Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Shuhaimi Baba Optimis Tanda Putera Diterima Penonton
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Shuhaimi Baba Optimis Tanda Putera Diterima
KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda penayangannya.
Shuhaimi berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan menyusun strategi pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat diterima oleh orang ramai.
“Benar filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu telah melemahkan semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan pengumuman tarikh tayangan Tanda Putera.
“Kami akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti mana dilakukan dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton filem ini nanti,” jelasnya kepada mStar Online.
Shuhaimi ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk mengembalikan momentum filem berkenaan dikalangan penonton kerana menerusi satu kajian orang ramai masih menyedari kewujudan Tanda Putera yang ditunda penayangannya.
Malah kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.
“Ramai yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah beberapa kali ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini dan ada yang marah kerana dengan kelewatan itu.
“Dalam kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari kewujuduan filem ini dan dengan strategi pemasaran yang betul Insya-Allah akan menarik orang ramai menonton,” katanya.
Tanda Putera memaparkan kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan antara kaum pada tahun 1969.
Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.
Tanda Putera yang dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). – mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments