Jika sebelum ini hanya empat anggota rancangan realiti popular Running Man, Kim Jong Kook, HaHa, Song Ji Hyo dan Jee Seok Jin telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia, berita terbaru yang kami terima ialah seorang lagi ahli bakal turut serta.
Lee Kwang Soo atau lebih terkenal dengan nama Zirafah atau pengkhianat Running Man menyertai rakan-rakannya yang lain pada 1 November ini.
Kedatangan mereka bersempena dengan Race Start Season 2 In Malaysia dan akan menghiburkan peminat rancangan popular itu.
Bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, peminat bertuah juga berpeluang naik ke atas pentas sekaligus terlibat dengan permainan interaktif yang diadakan.
Bagi yang berminat, jualan masih dibuka sehingga 23 Oktober ini.
Anda boleh membeli tiket-tiket yang dijual pada harga RM729 (VIP), RM499 (Cat 1), RM429 (Cat 2), RM299 (Cat 3) dan RM199 (Cat 4).
Sebagai tanda penghargaan, pemegang tiket VIP akan menerima pas masuk berautograf eksklusif yang membolehkan anda bertemu dengan empat selebriti pujaan berkenaan dengan lebih dekat.
Untuk pengetahuan anda juga, kelima-lima mereka juga akan kembali ke SIngapura pada 29 November untuk misi yang sama selepas musim pertama Race Start di negara tersebut pada tahun lepas mendapat sambutan memberangsangkan.
Jangan lupa untuk layari laman web rasmi ONE, Facebook dan Twitter atau terus ke saluran Astro Ch 393 untuk mengetahui maklumat lanjut.
Running Man bersiaran selama dua jam setiap Jumaat jam 11.50 malam di Astro S One HD, saluran 393
No comments
Post a Comment