Nama penyanyi remaja, Demi Lovato sekali lagi terpalit kontroversi apabila gambar bogelnya tersebar di laman Internet, baru-baru ini.
Gambar mesra itu dipercayai ditangkap ketika dia sedang memadu asmara bersama teman lelakinya, pelakon Wilmer Valderrama.
Menyedari gambar peribadinya itu tersebar, Lovato yang popular dengan lagu Heart Attack terus membalas dengan menulis status dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud, “saya seorang yang kuat, saya seorang pejuang. Jadi jangan sesekali memperlekehkan saya” dalam laman Twitternya.
Sebelum ini, Demi pernah dimasukkan dalam pusat pemulihan kerana masalah kemurungan, ketagihan dadah dan alkohol.
No comments
Post a Comment