Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Zizan Cuma Berkenalan Dengan Ayah, Bukan Bincang Kahwin – Emma Maembong
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KUALA LUMPUR: Angin sedang bertiup kencang yang mengatakan perhubungan yang terjalin antara pelakon baru Emma Maembong dan pelawak terkenal, Zizan Razak bakal berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Lebih hebat lagi apabila tindakan pelakon Projek Memikat Suami itu untuk berehat seketika daripada beraksi di lokasi penggambaran telah di salah anggap kerana  ada yang menyifatkan pasangan itu sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua.
Namun semua itu dinafikan sendiri Emma Maembong kepada pihak media sebaik sahaja ditemui selepas majlis pelancaran sempena perlantikannya sebagai duta terbaru produk makanan tambahan dan kecantikan Miaxara di Menaka Kuala Lumpur petang semalam.
Katanya, semua perkhabaran itu adalah khabar angina semata-mata, malah dia dan Zizan tidak pernah bercakap soal untuk berkahwin, apatah lagi menetap tarikh hari bersejarah berkenaan.
“Memamg saya akui, ramai yang bercakap bahawa saya dan Zizan akan berkahwin dalam tahun ini atau tahun depan. Semua itu tak betul.
“Memang benar kami rapat dan memang benar kami bercinta, tapi setakat ini dia (Zizan) tidak pernah mengajak saya berbincang ke arah itu dan jauh sekali untuk membuat baju atau menetapkan tarikh perkahwinan kami. Tiada langsung.
“Tidak  ada sebarang kenyataan yang mengatakan kami akan berkahwin tetapi apa yang pasti kami memamg rapat ketika ini,” katanya yang telah menerima hadiah patung Barbie ikan duyung daripada Zizan razak sebagai pemberian hari jadinya yang ke 22 tahun.
Jelas Emma Maembong, keputusannya untuk bercuti seketika daripada berlakon adalah kerana dia mahu berehat untuk sementara waktu memandangkan jadual hariannya sebelum ini terlalu sibuk di set penggambaran.
Katanya, inilah masa terbaik untuk dia  berehat sepuas-puasnya, bagaimanapun masih mahu diisi dengan beberapa aktiviti seni seperti sesi fotografi mahupun temubual bersama pihak media seperti yang dihadirinya ketika ini.
Jelas gadis kelahiran Terengganu itu, dia sedar hubungannya dengan Zizan telah berada pada fasa yang berbeza dan dia langsung tidak mahu berselindung lagi dengan pihak umum tentang keakrabannya dengan pengacara Raja Lawak itu.
“Saya kenal Zizan sejak sebelum saya menjadi artis lagi. Itupun kerana kami berjiran di kampung dan kemudian barulah kami mula rapat.
“Bukannya dulu saya mahu menyorokkan hubungan kami, tapi dalam setiap perhubungan perlulah diberikan masa untuk mengenal hati budi masing-masing.
“Saya tak mahu sekiranya kami terlalu terbuka di awal perhubungan, takut nanti kalau tak jadi, pastinya saya juga yang malu.
“Seperti  anda semua dapat lihat, barulah sekarang barulah kami bersikap terbuka, selepas kami mengenali hati budi masing-masing,” katanya.
Jelas Emma Maembong, masih terlalu awal untuk dia bercerita soal rumah tangga meskipun dia sedar bapanya langsung tidak kisah dengan siapa dia ingin berkawan atau mengakhiri zaman bujang.
Katanya, bapanya telahpun berpeluang berkenalan dengan Zizan Razak dan agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa jejaka kelakar itu merupakan seorang artis popular apabila dikejari beberapa orang jurukamera ketika sesi mengenali bapa pelakon cantik itu.
“Ayah saya memang takada masalah kerana dia memang faham tentang hubungan kami. Dia tak kata yes atau no tentang hubungan kami. Asalkan semua ok dia ok saja,” katanya ringkas.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments