Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » One Direction Didakwa Kerana Langgar Lampu Isyarat
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

One direction

LOS ANGELES – Polis Australia sedang menyiasat laporan mengenai kumpulan One Direction yang didakwa melakukan kesalahan trafik, lapor akhbar Mirror kelmarin.

Penolong Pesuruhjaya, Nick Anticich berkata, anggota-anggota kumpulan itu dikatakan telah melanggar tiga lampu isyarat merah.

“Jika benar ini berlaku, ia merupakan sikap yang tidak boleh diterima. Saya sudah mengarahkan pihak penguat kuasa trafik untuk menyiasat. Kami memer- lukan bukti untuk menyokong dakwaan tersebut,” kata Anticich.

Tambah pegawai polis berkenaan, walaupun One Direction sebuah kumpulan popular, mereka tidak boleh dibiarkan melanggar undang-undang.

“Kami akan berurusan dengan setiap orang dalam cara yang sama. Walaupun mereka merupakan bintang pop, ia tidak bermakna mereka boleh melanggar undang-undang atau mendapat layanan berbeza daripada orang lain,” jelasnya lagi.

Lima anggota kumpulan itu didakwa melanggar lampu merah selepas menaiki sebuah kenderaan kerana mahu mengelak daripada peminat dan jurugambar paparazi selepas meninggalkan hotel Crown di Perth baru-baru ini. – Agensi

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments