MICHIGAN – Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan patung
yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.
Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.
Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk
membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan
harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi
nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata,
warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.
“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.
RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks.
Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus
walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung seks,
tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya. Menurut
Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus
hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia juga mengakui
dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.
Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung
dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.
Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.
“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan
lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan. “Sintetik tidak akan
curang, berbohong atau mengadili diri anda,” katanya. Selain Sidore, dia
juga memiliki sebuah patung yang dibelinya dari Russia dan dinamakan
sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah patung simpanan dan juga teman
kepada Sidore. – Agensi
No comments
Post a Comment