Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » 2 Maut, 2 cedera dalam kemalangan jalan raya di Tuaran pada 15 jun 2012
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

TUARAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta kancil yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Sulaman di sini, hari ini. 

Menurut Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Faidizal Abdullah, mangsa yang maut ialah Shalizan Azman, 33, penumpang di sebelah pemandu dan Khairul Atdeen Shah, 20-an, penumpang di tempat duduk belakang.

Katanya, pemandu kereta berkenaan, Abdul Jumat Abdul Hussin, 23, dan Hairul Matiasin, 34, seorang lagi penumpang, cedera dan dibawa ke Hospital Daerah Tuaran.
Pemandu lori terbabit pula tidak mengalami kecederaan, katanya. 

"Kereta kancil itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju ke Tuaran, manakala lori 10 tan itu dalam perjalanan dari Tuaran dan terbabit dalam kemalangan kira-kira jam 7.40 pagi. 

Pasukan bomba dengan sembilan anggota yang sampai di tempat kejadian mendapati kereta kancil berkenaan terbabas di tepi jalan. 

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Maklumat di peroleh daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2maut_2cederadalamkemalanganjalanrayadiTuaran/Article

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments