Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Polis siasat filem ‘Mr Bean’ palsu di Indonesia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mr Bean Kesurupan DEPE

JAKARTA: Polis Indonesia akan mula menyiasat filem komedi seram negara itu, “Mr Bean dirasuk D.P.” minggu depan selepas seorang penonton memfailkan aduan mengatakan filem itu yang dibintangi pelakon seiras Mr Bean menipu.


Muhammad Zainal, 29, membuat laporan polis mendakwa penerbit filem itu, KK Dheeraj dan pelakon Dewi Persik (Depe) menipu peminat Mr Bean dengan menyatakan Rowan Atkinson, bukan penyamar Mr Bean yang berlakon dalam filem berkenaan.

“Muhammad berkata dia sudah menonton filem itu dan menyangka Dewi berlakon bersama aktor Rowan Atkinson. Namun, dia bukan Atkinson. Malah, hanya seseorang yang seiras dengan Atkinson,” kata jurucakap Polis Jakarta,


 Komisioner Kanan Rikwanto, semalam.
Mr Bean dan Dewi Persik 
“Dia berasa tertipu secara moral dan material kerana sudah membelanjakan 35,000 rupiah (RM11.80) untuk membeli tiket. Muhammad mendakwa Dheeraj melanggar undang-undang perlindungan pengguna yang melarang pengiklanan palsu dan agenda tersembunyi.


Jika disabitkan, penerbit filem itu berdepan hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda 2 bilion rupiah (RM673,644).



Polis merancang menyoal siasat Muhammad Isnin depan dan meminta pakar serta saksi lain tampil untuk membantu siasatan.
“Polis juga akan menonton filem itu bagi membuktikan sama ada ia mengandungi elemen yang melanggar undang-undang atau terdapat babak Rowan Atkinson sebagai Mr Bean,” katanya.

KK Dheeraj
Sementara itu, Dheeraj berkata, filem berkenaan tidak menipu peminat.
“Saya tidak pernah menulis nama Rowan Atkinson pada poster. Saya tidak menipu orang ramai,” katanya. -Jakarta Pos

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

1 comment

Obat Keputihan said...

DEPEnya yang mantap