Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » China akui paksa wanita gugur kandungan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BEIJING: Pihak berkuasa China mengesahkan seorang wanita dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan, beberapa hari selepas gambar janin itu dimuat naik di Internet. Kumpulan hak asasi manusia menyalahkan kerajaan wilayah Shaanxi di utara negara itu kerana memaksa Feng Jianmei menggugurkan kandungannya.
Gambar Feng terbaring di sebelah mayat anaknya

Tindakan itu diambil apabila Feng gagal membayar denda kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja.

Kerajaan Shaanxi berkata, siasatan awal mengesahkan kes itu “pada asasnya benar” dan penyiasat mencadangkan pelakunya dikenakan tindakan.

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya disiarkan di Internet.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments