Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Shane Filan - Penyanyi Westlife diisytihar bankrap
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post






 Walaupun rekod kumpulannya terjual 45 juta unit di seluruh dunia, seorang daripada anggota Westlife diisytihar bankrap, lapor media semalam.


Penyanyi Shane Filan, 32, mengalami nasib malang apabila empayar hartanahnya runtuh dan menanggung hutang 18 juta (RM89.2 juta).

Bercakap kepada media, Shane berkata, dia berusaha mengurangkan hutangnya tetapi terpaksa akur apabila cubaannya gagal.

Mengesahkan berita itu, artis kelahiran Ireland itu berkata, dia berunding dengan beberapa pakar kewangan untuk mencari penyelesaian.

“Semua cubaan itu gagal,” katanya.

Untuk sementara ini, kata Shane, dia akan memberikan tumpuan kepada siri jelajah terakhir Westlife yang sedang berlangsung.

Selepas itu, katanya, dia akan memberi fokus kepada membina semula hidup bersama isteri dan tiga anak mereka.

Sebelum krisis ekonomi melanda, Shane dan abangnya, Finbarr, meminjam beberapa juta pound dari bank di Ireland bagi membolehkan syarikat mereka membangunkan 90 rumah mewah di Dromahair.

Bagaimanapun, hanya separuh daripada rumah itu berjaya disiapkan dan kebanyakannya terpaksa dijual pada harga lebih rendah daripada kos

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments