Polis cuba menyekat orang ramai daripada cubaan mengadakan
perhimpunan sepanjang malam yang boleh
mencetuskan kekacauan selepas seorang bayi berusia sebulan dilaporkan dirogol dan dipukul hingga hampir mati.
Bayi itu mengalami kecederaan teruk termasuk patah tangan,
patah tulang selangka, kecederaan paru-paru dan lebam di seluruh tubuh. Menurut
laporan lagi, sema tulang rusuknya patah.
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat laporan menyatakan bayi
itu turut mengalami kecederaan dalam kemaluan dipercayai akibat dirogol.
Seorang lelaki dan seorang wanita dari Gravesend, Kent
ditangkap berhubung kejadian itu. Mereka bagaimanapun dibebaskan atas ikat
jamin polis sementara menunggu siasatan lanjut.
Bayi itu yang namanya tidak disiarkan berada dalam keadaan
tenat ketika dihantar ke hospital, bagaimanapun bayi itu menunjukkan
tanda-tanda senakin pulih selepas dipindahkan ke sebuah hospital di London.
Sumber-myberita.com
No comments
Post a Comment