Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Lady Gaga dituduh hina bendera Thailand
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Salah satu aksi lady Gaga semasa konsert
BANGKOK: Sebelum ini, dia pernah berjenaka dengan berkata ingin membeli jam tangan Rolex palsu di Thailand.

Semalam, Kementerian Kebudayaan Thai memfailkan aduan terhadap penyanyi, Lady Gaga kerana menyalahgunakan bendera Thailand ketika konsertnya bulan lalu.

Kementerian itu berkata, bahagian persembahan Lady Gaga yang mengenakan perhiasan kepala tradisional, berpakaian seksi di atas motosikal dengan bendera Thailand diseret di belakang adalah ‘tidak wajar dan menyakiti perasaan rakyat.”



Lady Gaga memakai perhiasan kepala  tradisional
Pegawai kanan kementerian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, “Kami tidak meminta pihak polis mendakwanya tetapi ia adalah prosedur biasa kami untuk memfailkan aduan kepada agensi berkenaan apabila kami menerimanya.”

Kementerian itu berkata, bendera kebangsaan Thai mempunyai tiga warna, merah melambangkan negara, biru melambangkan raja dan putih agama. 
Bendera Thailand diseret dari belakang

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments