Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Foto Sultan Brunei Redah Banjir Lawat Mangsa
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



KAMI pernah berkongsi dengan anda gambar Sultan Brunei yang sanggup turun dari keretanya dan membantu anggota pengiringnya yang kemalangan di negaranya sebelum ini.
Baginda memang dikenali rakyat Brunei sebagai seorang Sultan yang dekat di hati rakyat.
Rapatnya baginda degan rakyat bukan bermusim.

Pada 25 Januari lepas, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menziarahi kawasan Lamunin dalam Daerah Tutong yang dilanda banjir, meninjau keadaan mangsa-mangsa bencana alam itu di sana.

Ekoran cuaca hujan lebat yang berlarutan selama beberapa hari menyebabkan beberapa kawasan di negara itu dilanda banjir.
Selain Tutong, Belait turut dilanda bencana alam itu sehingga menyebabkan beberapa jalan raya terpaksa ditutup akibat runtuhan tanah.



Baginda sanggup turun ke lokasi kejadian dan meredah air banjir dan juga menaiki bot biasa untuk meninjau keadaan mangsa banjir di sana.

Penulis bagaimanapun, teruja melihat bagaimana kesetiaan pengawal keselamatan baginda yang biarpun mengenakan pakaian seragam lengkap sanggup berenang dan berpaut pada perahu baginda demi menjaga keselamatan Sultan Hassanal Bolkiah

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments