CURIGA dengan sikap isterinya yang malas
dan jarang menyediakan keperluannya setiap kali balik ke rumah
membuatkan seorang lelaki bertindak balik ke rumah lebih awal daripada
kebiasaan.
Ternyata ‘terjahan’nya membongkar segala rahsia isterinya selama ini
apabila dia mendapati wanita itu sedang berasmara dengan lelaki lain di
atas katil.
Menyedari kehadirannya, ‘kekasih gelap’ wanita itu bergegas keluar
dari bilik itu, manakala isterinya yang panik cuba menjelaskan perkara
itu.
Bagaimanapun, suaminya yang merekodkan perbualan itu berkata:
“This will go on the internet,
and wait until your mother and sister see it (Ia akan tersebar di
internet, dan tunggu sehingga ibu dan kakak awak melihatnya).
“Nothing gets done around here, beds are never made, there is
nothing to eat in the refrigerator (Tiada apa yang awak lakukan, katil
tak pernah dikemas, tiada apa untuk dimakan dalam peti sejuk).
“I always wonder what you do with your time, and I caught
you. I busted you (Saya selalu terfikir apa yang awak buat dengan masa
yang ada, dan kali ini saya dapat jawapannya).”
Video tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh lelaki berkenaan ke YouTube dan beberapa laman web sebagai membalas dendam atas perbuatan isterinya itu.
Biar pun agak memalukan, ramai yang bersetuju dengan tindakan lelaki
berkenaan yang dianggap wajar sebagai pengajaran kepada wanita itu.
Hai, tak tahulah nak cakap apa. Kasihan ada, padan muka pun ada…
No comments
Post a Comment