Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hans Isaac Bukan Produser Pengecut~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Hans Isaac
PETALING JAYA: Penerbit filem Hans Isaac bukan menepis tuduhan kononnya dia produser pengecut kerana enggan menerbitkan filem selepas kegagalan karya terbaharunya Lemak Kampung Santan.
Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 42, berkata, selama ini penerbit-penerbit filem sering dilanda pelbagai masalah bukan sahaja kerana mendapat kutipan filem yang rendah tetapi juga isu-isu sistem penayangan di pawagam yang dirasakan perlu dirombak semula.
"Orang luar tidak akan tahu bagaimana susahnya kami (pihak penerbit) berusaha untuk selamatkan industri perfileman walaupun pada dasarnya ia sukar mendapat pulangan yang memberangsangkan.
"Tetapi apabila orang memberi respons negatif kononnya saya enggan bikin filem lagi kerana takut filem gagal, itu tuduhan mengarut.
"Sebelum ini banyak filem saya gagal tetapi saya tetap teruskan terbit filem. Dan sayang sekali sistem penayangan filem kita tidak pernah diperbetulkan sejak dahulu lagi,"katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.
Pada minggu lalu Hans telah meluahkan perasaan menerusi Twitter yang dia enggan menerbitkan filem lagi selepas Lemak Kampung Santan hanya mengutip RM100,000 dan telah ditarik daripada tayangan selepas empat hari di pawagam.
Produser itu kecewa dengan sistem apabila pihak panggung menarik balik tayangan kerana kutipan yang perlahan.
Kos produksi Lemak Kampung Santan menelan belanja RM1.7 juta.
Filem itu bertembung dengan Adnan Sempit 3 yang mencatat kutipan setakat ini kira-kira RM1.76 juta (rekod Finas sehingga 12 Ogos lalu).
Kedua-dua filem berkenaan ditayangkan serentak pada 8 Ogos lalu iaitu hari pertama Syawal.
Tegas Hans lagi, sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk memperbetulkan sistem wajib tayang yang sebenarnya telah menyusahkan pihak penerbit.
"Selagi sistem penayangan filem tempatan kita tidak diperbetulkan, saya tidak akan menghasilkan filem lagi.
"Jika anda perasan, pengarah seperti Erma Fatima, Aziz M Osman dan Afdlin Shauki tidak lagi menghasilkan filem kerana mereka serik dengan sistem yang ada.
"Lebih baik kita terbitkan bidang seni lain seperti teater atau drama. Semua orang akan menonton.
"Dan jika sistem sudah diperbetulkan, laku atau tidak saya akan kembali menghasilkan filem macam biasa," tegasnya.
Dalam perkembangan lain, Hans menerusi syarikat produksinya Tall Order Productions bakal muncul dengan sebuah karya bercirikan autobiografi mengenai legenda pemain bola sepak negara, Mokhtar Dahari, berjudul SuperMokh The Musical dan Lawak Ke Der 3yang bakal dipentaskan di Istana Budaya. mStar

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments