Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tips Sangat Berguna Untuk Bersihkan Berus Mekap Anda..
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Bak irama dan lagu, berus mekap dapat membantu memperindahkan lagi penataan mekap di wajah. Penggunaan berus mekap menjadikan aplikasi mekap lebih mudah selain dapat membantu memberi sentuhan profesional dan semulajadi. Justeru, adalah penting untuk memberi perhatian khusus kepada alat kecantikan ini kerana berus yang baik dapat membantu menjiwatkan wang dan masa anda.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda lakukan: 


1. Tanggalkan lebihan warna yang terdapat pada berus anda menggunakan tisu lembut. 

2. Basuh berus anda (biarkan paip terbuka) selama lebih kurang 1-2 minit atau selama masa yang diambil untuk melembapkannya.


3. Letakkan sedikit pembersih berus ke telapak tangan atau bahagian belakang tangan anda dan pusarkan berus tadi. Pusarkan sehingga semua kotoran hilang dari berus tadi. (Pssst… Jika nak berjimat atau tidak tahu mencari pembersih berus mekap, boleh guna syampu bayi.) 

4. Basahkan berus di bawah paip air yang terbuka dengan permukaan bulu berus menghadap ke bawah. Kemudian, dengan lembut perahkan bulu tersebut sehingga lembap. Pastikan anda tidak menarik / memerah bulu berus itu terlalu kuat. Elakkan mengalirkan air terlalu banyak pada simpai logam (laras berus), yang mana akan membuatkan pelekat pada laras berus terbuka dan bulu pada berus menjadi longgar. 

5. Sekali lagi picit/perah perlahan bulu berus tadi untuk menanggalkan lebihan air.


6. Bentangkan berus rata atau berbulu dengan kedudukan sedikit ke bawah (menegak sedikit) dan letakkan ia di atas tuala kapas dan biarkan ia kering semlaman. 

7. Selamat mencuba! 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments