Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bayi Dapat Penyakit Pelik, Tidak Boleh Terdedah Dengan Lampu Dan Cahaya Matahari~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Bayi
London – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun telah dikesan menghidap photosensitivity, iaitu sejenis penyakit yang akan bertindak balas jika terdedah kepada lampu dan cahaya matahari.
Leighton Brownrigg yang berasal dari Worcestershire itu tidak boleh keluar dari rumah dan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain.
Dia juga perlu memakai krim pelindung cahaya matahari ketika berada di dalam rumah.
Menurut pakar, keadaan itu disebabkan Brownrigg mengalami penyakit Juvenile Myelomonocytic Leukaemia (JMML), yang hanya berlaku kepada seorang dalam sejuta kanak-kanak di dunia ini.
Doktor percaya .keadaan Brownrigg itu berlaku selepas dia menjalani pemindahan sum sum hingga menyebabkan kanak-kanak itu kehilangan sistem immune dalam badan.
Ibunya, Zoe, 22, berkata, anaknya itu tidak dibenarkan langsung bermain di luar rumah dan hanya boleh keluar pada awal pagi atau malam sahaja.
“Saya juga perlu memastikan langsir di rumah ditutup bagi mengelakkan anak saya mengalami keadaan panas. Dia terpaksa hidup dalam kegelapan,’’ katanya yang terpaksa menyapu anaknya itu dengan krim pelindung matahari sebanyak enam kali sehari.
Zoe memberitahu, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila anaknya itu sering memandang ke luar tingkat dan melihat rakan-rakannya bemain.
“Bagaimana saya hendak menjelaskan kepada budak berusia dua tahun bahawa dia tidak boleh keluar rumah,’’ katanya.
Brownrigg kini menjalani ujian harian di Hospital Kanak-kanak Birmingham iaitu hospital di mana dia menjalani rawatan untuk leukaemia.
Dia juga perlu ke Hospital Besar Rotherham setiap dua minggu untuk rawatan khas menggunakan lampu ultraviolet yang dikenali sebagai Extracorporeal Photopheresis (ECP).

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments