BUENOS AIRES – Tiga belas banduan dilaporkan melepaskan diri menerusi terowong yang dikorek mereka dari penjara berkawalan tinggi di Argentina, semalam.
Terowong kecil itu membolehkan banduan terbabit keluar ke kawasan lapang di Penjara Ezeiza, berdekatan Buenos Aires sebelum memecah dua pintu pagar dan melarikan diri.
Susulan kejadian itu, ketua penjara berkenaan digantung tugas bersama 18 pengawal lain.
Semua banduan berkenaan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 16 tahun, termasuk dua warganegara Brazil dan seorang warganegara Paraguay. – AFP
No comments
Post a Comment