Buat anda yang mahu mengadakan rumah terbuka, silalah ambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan kehadiran tetamu yang datang lebih-lebih tetamu yang tidak dikenali.
Gambar di atas ini merupakan salah satu contoh kejadian curi, dilaporkan berlaku di Paya Keladi Tengah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang dikongsikan oleh seorang pengguna bernama Walid Ismail menerusi laman Facebooknya, semalam.
Penduduk telah berjaya menangkap beberapa tetamu yang berkemungkinan didalangi oleh sindiket tertentu, menyasarkan majlis-majlis rumah terbuka yang kerap kali diadakan pada cuti hujung minggu pada bulan Syawal ini.
Mereka berlagak seperti tetamu lain dan menyamar seperti mengenali tuan rumah yang menganjurkan majlis rumah terbuka itu.
Selain itu, ‘tetamu’ ini juga menjinjing beg tangan yang agak besar saiznya berkemungkinan untuk menyimpan barang yang dicuri dari rumah tersebut.
Apa lagi, pemandu yang dilihat menurunkan ‘tetamu-tetamu’ ini terus memecut kereta dan menghilangkan diri dari kawasan kejadian selepas menyedari perbuatan kawan-kawannya itu telah kantoi oleh penduduk setempat.
Jadi, sentiasalah berhati-hati walaupun anda berada dalam rumah sendiri sekali pun.
Pastikan anda mengenali semua tetamu yang dijemput dan sekiranya ada tetamu yang diragui, selalulah berwaspada dengan tingkah laku mereka yang berkemungkinan mempunyai niat tidak baik terhadap anda dan keluarga.
No comments
Post a Comment