Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Misteri Bau Busuk Di Sungai Terjawab, Mayat Dalam Sungai Kampung Shaari ~!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Mayat
SIMPANG RENGGAM – Penduduk Kampung Shaari di sini, digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di sungai kampung itu, kira-kira jam 9 pagi, kelmarin.
Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung, Mohd Nizam Sani, 36, yang sedang memancing ikan di sungai berkenaan.
Menurutnya, ketika sampai ke lokasi itu, saya terbau sesuatu yang kurang menyenangkan lalu tercari-cari bau tersebut.
“Ketika cuba mencari bau busuk itu saya ternampak seolah-olah sebatang kayu yang melintang di hujung sungai tetapi bila didekati saya terkejut bila ternampak sekujur badan manusia dalam keadaan terapung.
“Batang kayu yang saya tengok itu rupanya mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan hampir reput kerana sudah lama di dalam air malah telah mengeluarkan bau busuk” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Nizam, selepas mengenal pasti bahawa objek yang dilihat itu mayat manusia, beliau bergegas pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari kawasan kejadian untuk memaklumkan kepada penduduk kampung dan polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan bahawa lelaki yang ditemui itu dipercayai warga asing.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati lelaki dalam lingkungan 30an itu dipercayai mati lemas.
“Daripada siasatan awal polis juga, didapati mangsa telah meninggal dunia lebih kurang dua hari sebelum ditemui oleh penduduk kampung.
“Kes ini dikategorikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki berkenaan.

“Mayat telah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom dan siasatan lanjut mengenai identiti lelaki tersebut masih dijalankan kerana ketika ditemui di sungai kampung tersebut tiada sebarang dokumen pengenalan diri mangsa dijumpai,” katanya ketika dihubungi, semalam. – Sinar Harian Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments